wish me luck in PMR

Crush



Assalamualaikum, 
Hari ni panas sangat kat Chamek ni, kalau dah panas memang malas nak buat keje, nak tidur pun dah berpeluh-peluh dah. Sebab tu lah nak tulis post ni. Post kali ni nak cerita pasal crush lah. Ye lah, masa zaman remaja-remaja ni macam dah jadi kewajipan setiap orang ada crush masing-masing, ehh, semua memang ada ke ? Tu tak tau lah terserah pada seseorang tu. 

CRUSH ??

Kalau aku, aku memang ada banyak crush tapi tu dulu. Semenjak dah ada couple, hilang semua crush tapi tak semua lah. Walaupun aku dah ada couple, tapi tak salah kan crush tu. Bagi aku, crush tu cuma untuk cuci mata je. Lagipun kata orang perempuan, walau banyak mana pun crush dia, dia akan tetap sayangkan pakwe dia. Kat sekolah aku, membe semua suka cerita pasal crush masing-masing, sampai ade yang dah terlalu obses. Bila dapat tahu si crush tuh couple dengan membe sendiri, terus nak mengamuk tapi tak patutlah sebab crush tu bukannya milik kita, dah takde jodoh nak buat macam mana.

Di mata kita, apa yang crush kita buat, semuanya akan nampak comel di mata kita, semuanya kita akan suka tentang si crush tu. Sebagai kawan yang baik, kita tak boleh nak marah-marah kawan kita yang cakap crush dia comel ataupun terlalu suka dengan crush dia kerana bagi setiap orang, pandangan berbeza-beza. Lagi-lagi, orang yang kita dah suka, semuanya akan nampak baik .

Bagi sesetengah orang yang berani, diaorang akan luahkan perasaan kat crush diaorang tapi kena lah siap sedia untuk terima pelbagai kemungkinan macam kena tolak ke, kena maki ke,. Kalau si crush tu tak dapat nak terima, kena redha je lah sekurang-kurangnya dah dapat luahkan perasaan yang dah lama tersimpan. Takdelah sakit sangat hati tu nanti. Jangan pulak bila si crush tu tak dapat terima, kita pulak nanti yang maki-maki dia, putuskan hubungan dia dengan awek/pakwe dia.  ataupun buat benda yang bukan - bukan. Mungkin Allah akan beri kita yang lebih baik. 





ADMIRE ? Macam mana kita nak hadapi kalau kita dah ada pakwe/awek tapi ada admire yang sayangkan kita dan kita tahu tu. Orang perempuan ni, bila dia dah tau ada seseorang tu sukakan dia, dia akan automatik rasa macam nak dekat dengan orang tuh dan akan mula sayangkan dia. Aku memang dah alami dan aku memang sayangkan dia, aku selalu rindu dia tapi aku pun sayangkan dan cintakan boyfriend aku. Mungkin aku memang sayangkan dua-dua tapi yang membezakannya adalah perasaan cinta. 

Sebenarnya crush aku adalah admire aku sendiri, aku selalu nak stalk dia, kalau boleh nak hari-hari. Tak tau kenapa. Tapi aku tau, suatu hari nanti aku akan kena lupakan dia dan jauhkan diri daripada dia tapi aku tak bersedia. biarlah masa yang menentukan semua tuh. Harap dia bahagia dengan orang yang tersayang =)





Baiklah sampai di sini saja post kali ni. Bertemu di lembaran yang akan datang .Bye =)
Assalamualaikum